Laman Utama

Selamat Datang ke blog rasmi Badan Pusat Sumber Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka (MOZAC). PSS merupakan satu gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman dan pengajian. PSS juga merupakan satu agen perubahan dan transformasi dalam sesebuah sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan. Di sinilah kami, Pengawas Pusat Sumber Mozac belajar untuk menjadi seseorang yang bertanggungjawab. amanah dan tekun ketika bekerja. 'Kerjasama', inilah yang kami amalkan setiap kali sesuatu majlis atau acara perlu dijalankan. Bagaikan satu keluarga kami sentiasa bersatu padu tidak kira umur, bangsa ataupun agama.Kami berharap anda berpuas hati dengan segala aktiviti yang telah kami jalankan dan dapat memberikan pengisian yang berguna buat semua orang. Lawatilah blog kami dan marilah kita bersama-sama melakukan transformasi diri ke arah yang lebih positif dan intelektual




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...