NILAM
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Komponen Program NILAM
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka
dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan
sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
Tahap NILAM
1) JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :a. Sekolah Rendah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku | Pengiktirafan |
90 - 179
|
Gangsa |
180 - 269
|
Perak |
270 - 359
|
Emas |
360 ke atas
|
NILAM |
b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku | Pengiktirafan |
72 - 143
|
Gangsa |
144 - 215
|
Perak |
216 - 287
|
Emas |
288 ke atas
|
NILAM |
2) RAKAN PEMBACA
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti
|
Pengiktirafan
|
100 – 199
|
Gangsa |
200– 299
|
Perak |
300 – 399
|
Emas |
400 ke atas | NILAM |
Sistem Pengkelasan
Ringkasan Pertama
000-099 Karya Am
100-199 Falsafah & Psikologi
200-299 Agama
300-399 Sains Kemasyarakatan
400-499 Bahasa
500-599 Sains Tulen & Matematik
600-699 Teknologi
700-799 Kesenian
800-899 Kesusteraan
900-999 Geografi & Sejarah
100-199 Falsafah & Psikologi
200-299 Agama
300-399 Sains Kemasyarakatan
400-499 Bahasa
500-599 Sains Tulen & Matematik
600-699 Teknologi
700-799 Kesenian
800-899 Kesusteraan
900-999 Geografi & Sejarah
Ringkasan Kedua
Nombor Pengkelasan Perpuluhan Dewey 000 KARYA AM 010 – Bibliografi 020 - Sains Perpustakaan 030 - Ensiklopedia Am 040 - (Belum ditentukan) 050 - Terbitan Berkala Am 060 - Pertubuhan Am 070 - Kewartawanan 080 - Koleksi Karya Am 090 - Manuskrip Dan BukuNadir | 100 FALSAFAH 110 - Wujudiah 120 - Ilmu Sebab Tujuan Manusia 130 - Psikologi Biasa Dan Ghaib 140 - Pendapat Falsafah Tertentu 150 - Psikologi 160 - Ilmu Mantik 170 - Etika (Akhlak) 180 - Falsafah Timur 190 - Falsafah Barat | 200 AGAMA 210 - Agama Ketuhanan 220 - Kitab Injil (Agama Kristian) 230 - Asas Ajaran Kristian 240 - Moral Dan Ibadat Kristian 250 - Teologi Misyen Dan Catatan 260 - Aspek Sosial Dan Hal Ehwal Kristian 270 - Sejarah dan geografi gereja 280 - Mazhab dan puak Kristian 290 - Agama-agama lain | ||
300 SAINS KEMASYARAKATAN 310 - Perangkaan, Statistik 320 - Sains Politik 330 - Ekonomi 340 - Undang-Undang 350 - Pentadbiran Awam 360 - Perkhidmatan Sosial 370 - Pendidikan 380 - Perdagangan Dan 390 - Adat Resam Dan Budaya | 400 BAHASA 410 - Linguistik 420 - Bahasa Inggeris 430 - Bahasa Jerman 440 - Bahasa Perancis 450 - Bahasa Itali 460 - Bahasa Portugis, Sepanyol 470 - Bahasa Latin 480 - Bahasa Greek 490 - Bahasa Lain | 500 SAINS TULEN 510 - Matematik 520 - Astronomi 530 - Fizik 540 - Kimia 550 - Sains Bumi 560 - Kaji Fosil 570 - Sains Hayat 580 - Sains Tumbuhan 590 - Sains Haiwan | ||
600 TEKNOLOGI 610 - Perubatan 620 - Kejuruteraan 630 - Pertanian 640 - Sains Rumahtangga 650 - Perkhidmatan Pengurusan 660 - Teknologi Kimia 670 - Hasil Perusahaan Kimia 680 - Hasil Kilang Lain 690 - Bangunan | 700 KESENIAN 710 - Seni Taman Dan Budaya 720 - Senibina 730 - Arca 740 - Lukisan Dan Seni Hiburan 750 - Mencat dan Kepedrian 760 - Senigrafik 770 - Senifoto 780 - Muzik 790 - Seni Hiburan & Lakonan | 800 KESUSASTERAAN 810 - Sastera Amerika 820 - Sastera Inggeris 830 - Sastera Jerman 840 - Sastera Perancis 850 - Sastera Itali 860 - Sastera Portugis, Sepanyol 870 - Sastera Latin 880 - Sastera Greek Perhubungan 890 - Sastera Bahasa-bahasa Lain |
900 GEOGRAFI DAN SEJARAH AM 910 - Geografi & Lawatan 920 - Biografi 930 - Sejarah Am Dunia Purba 940 - Eropah 950 - Asia 960 - Africa 970 - Amerika Utara 980 - Amerika Selatan 990 - Bahagian Dunia Lain |
No comments:
Post a Comment