Pada 5 Mac 2012,
Badan pusat sumber Mozac telah mengadakan pelancaran Program Nilam bagi tahun
2012. Program ini telah dirasmikan oleh Cik Rosnah Bt Osman, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran sekolah. Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca diadakan
bertujuan untuk menyemai perasaan minat membaca dalam kalangan pelajar di
sekolah ini. Suatu tamadun atau bangsa
hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama
dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat
membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai
program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada
program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian
Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program
galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan. NILAM
merupakan satu inovasi yang dapat menghasilkan transformasi terhadap minat
pelajar untuk membaca. Untuk menggalakkan lagi para pelajar melibatkan diri
dengan program NILAM. Sijil pengiktirafan telah diberikan kepada pelajar yang
berjaya mencapai tahap Gangsa, Perak, Emas, Nilam dan Rakan Pembaca.
No comments:
Post a Comment