Wednesday, 26 September 2012

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN MOZAC DENGAN TOKOYAMA SUPER SCIENCE HIGH SCHOOL, YAMAGUCHI PERFECTURE, JEPUN


   Seawal hari pertama persekolahan, MOZAC menerima lawatan pengantarabangsaan pertama untuk tahun 2012. Lawatan kali ini adalah dari Tokuyama Super Science High School, Yamaguchi Prefecture, Jepun. Ketibaan rombongan disambut oleh paluan kompang. Seterusnya, para pelajar dan guru dari Jepun dibawa ke Pusat Sumber untuk persembahan multimedia dan dikir barat dalam bahasa Jepun.Mereka telah mempersembahkan seni tarian mereka yang sangat unik dan menarik untuk ditonton.Mereka juga telah melawat Pusat Sumber Sekolah. Kami saling bertukar-tukar maklumat mengenai pusat sumber di tempat masing-masing. Para pelajar kedua-dua buah sekolah juga telah mengadakan aktiviti pertukaran budaya. Mereka telah bersama - sama para pelajar MOZAC dalam kelas Fizik untuk membuat Cartesion Diver Experiment. Sebelum pulang, mereka telah dibawa untuk melawat sekitar sekolah.  Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh guru panitia bahasa Jepun dan pelajar yang mengambil bahasa ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan tradisional seperti bola takraw,congkak,teng-teng ataupun dikenali juga sebagai ketinting. Di samping itu, pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan seni batik Malaysia. Mereka telah merasai mencanting batik yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Walaubagaimanapun kami menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan mereka kerana mereka kurang memahami komunikasi dalam bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar dari Tokoyama Super Science High School ini menzahirkan rasa kekaguman terhadap pencapaian sekolah dalam semua bidang dan berpuas hati atas layanan yang baik diberika terhadap mereka. Program ini telah mentransformasi sekolah dan pusat sumber ke arah kecemerlangan pada peringkat antarabangsa.
 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...