Wednesday, 26 September 2012

PENUTUP BULAN BAHASA BULAN MEMBACA


  Pada 3 September 2012, Perhimpunan Rasmi Sekolah, Badan Pusat Sumber sekolah telah mengadakan majlis penutup Bulan Bahasa Bulan Membaca.  Majlis Penutupan ini telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Ayahnda Tuan Haji Hassan Bin Topit. Beliau juga telah menyampaikan ucapan beliau mengenai kebaikan membaca kepada semua warga sekolah. Ucapan beliau sangat bermanfaat terutamanya terhadap para pelajar. Selain itu, terdapat juga persembahan koir bahasa inggeris oleh kumpulan pemenang pertandingan Singing Competition dan persembahan koir bahasa mandarin oleh pelajar tingkatan 1 dan 2 yang mengambil bahasa mandarin. Kemudian, majlis diteruskan dengan  penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan yang diadakan sepanjang Bulan Bahasa Bulan Membaca pada tahun ini. Majlis berakhir dengan nyanyian lagu ‘Membaca Gaya Wawasan’. Kami, Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah berasa gembira dan bersyukur kerana telah menjayakan Bulan Bahasa Bulan Membaca pada tahun ini dengan jayanya. Kami juga berharap, para pelajar dapat meneruskan minat membaca mereka pada bila-bila masa dan di mana jua. ‘Got To Keep Reading!


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...