Pada 12 Ogos 2012, satu kursus Literasi Maklumat telah
diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah. Kursus ini disertai oleh pelajar
tingkatan 1 dan 2. Badan Pengawas Pusat Sumber telah memberikan penerangan
mengenai Literasi Maklumat iaitu satu cara atau kaedah untuk mengenal pasti
kesahihan dan keaslian sesuatu bahan maklumat. Literasi maklumat juga penting
untuk mengelakkan kita mendapat maklumat yang palsu dan tidak bermanfaat.
Selain itu juga, pelajar-pelajar didedahkan dengan penggunaan Online Public
Access Catalog atau singkatannya OPAC. Penggunaan katalog ini amat berguna
untuk mendapatkan informasi baru mengenai sesuatu buku. Kesimpulannya, kursus
literasi maklumat ini telah memberikan pengisian yang bagus untuk para pelajar
terutamanya apabila mereka menghadapi alam pengajian tinggi kelak. Kursus ini
juga telah berjaya menginovasikan kaedah-kaedah pencarian maklumat pelajar
kepada yang lebih sahih dan tepat. Kami berharap kursus ini dapat mewujudkan
satu transformasi yang mampu melahirkan pelajar yang berintelektual dan lebih ke
arah modenisasi.
No comments:
Post a Comment