Mag-Inc Competiton
merupakan satu pertandingan membuat majalah menggunakan kreativi dan inovasi
para pelajar itu sendiri. Pertandingan ini merupakan idea daripada guru-guru
Panitia Bahasa Inggeris sekolah sempena Bulan Bahasa Bulan Membaca pada tahun ini.
Penyertaan satu kumpulan mestilah 4 atau 5 orang sahaja. Semasa Badan Pengawas
Pusat Sumber sekolah dan Panitia Bahasa Inggeris melakukan penilaian, kami
dapati terdapat pelbagai jenis majalah yang sudah tentunya menarik dan kreatif.
Dapat kami simpulkan di sini, pertandingan ini berjaya menjadikan pelajar
berinovasi dengan idea-idea di sekeliling dan mengaplikasikannya dalam majalah
mereka.Satu transformasi telah berlaku di mana para pelajar giat menghasilkan
majalah mereka dengan hasil yang memuaskan. Majalah-majalah yang telah
dihasilkan juga telah dipamerkan di pusat sumber sekolah untuk dijadikan bahan
bacaan pelajar. Majalah-majalah ini juga telah menarik minat pelajar lain untuk
membacanya. Dengan ini pelajar di sekolah ini dapat menambahkan ilmu
pengetahuan mereka dengan lebih meluas.
No comments:
Post a Comment