Satu pertandingan
menyanyi ( Singing Competiton ) telah
diadakan bagi pelajar tingkatan 1 mengikut kelas masing-masing. Pelajar
dikehendaki memilih ahli kumpulan masing-masing seramai 5 orang bagi 1
kumpulan. Melalui pertandingan pelajar dikehendaki menginovasikan lirik
lagu-lagu yang sedia ada kepada lirik yang berfaedah. Tema yang diberi ialah ‘Let’s Come To The Library and Read!’.
Pelbagai gimik, tarian dan nyanyian yang dipersembahkan oleh
pelajar-pelajar tingkatan 1 secara
kreatif dan inovatif. Persembahan mereka sangat menarik dan penuh dengan
unsure-unsur nasihat yang berguna kepada setiap pelajar. Satu transformasi
telah berlaku dalam kalangan pelajar di mana mereka lebih bersemangat dalam
membuat satu tugasan dan lebih berminat untuk datang ke pusat sumber dan
menambah ilmu pengetahuan mereka. Persembahan mereka telah diadili oleh guru
Panitia Bahasa Inggeris iaitu Madam Hailah dan Madam Amesah. Beberapa kumpulan telah
dinobatkan sebagai kumpulan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment