Badan Pengawas Pusat Sumber sekolah telah mengadakan satu pertandingan
sajak bahasa melayu dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu. Pertandingan ini
terbuka kepada pelajar tingkatan 2 sahaja. Alhamdulillah pertandingan ini
mendapat sambutan yang baik daripada pelajar. Pertandingan ini telah diadakan
di Pusat Sumber Sekolah pada 16 Ogos 2012. Seramai 15 orang peserta telah
menyertai pertandingan ini. Melalui pendeklamasian sajak yang dipersembahkan
oleh para pelajar, kami dapat mencungkil dan mengasah bakat-bakat baru di
sekolah ini. Para pelajar telah berjaya mempersembahkan persembahan mereka
dengan kreatif dan inovatif. Terdapat pelajar yang menari, menangis dan ada
juga yang membawa barang tambahan yang menarik hati juri. Namun begitu, kalah
menang merupakan adat kehidupan. Hanya 3 orang pelajar yang dinobatkan sebagai
juara dan 2 pelajar mendapat Anugerah Khas Juri. Kami berasa amat bersyukur
kerana sekali lagi satu program di bawah anjuran kami telah dilaksanakan dengan
jayanya. Kami juga berasa amat gembira kerana telah berjaya membuat satu
transformasi dalam kalangan pelajar untuk lebih berani dan berfikiran lebih
kreatif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
No comments:
Post a Comment