Pada 15 Julai 2012,
Panitia Bahasa Melayu dan Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan
satu pertandingan penulisan cerpen bagi pelajar tingkatan 4. Pertandingan ini
diwajibkan bagi setiap pelajar tingkatan 4. Tema yang disediakan ialah
Kekeluargaan, Kasih Sayang dan Masyarakat. Peserta bebas memilih mana-mana
tajuk yang disukai dan bebas mengolah tema tersebut mengikut kreativiti dan
inovasi masing-masing. Sebelum pelajar mengolah cerpen masing-masing, mereka
diberi peluang untuk mencari isi dan idea dengan mencari bahan-bahan yang
mereka ingini di dalam pusat sumber. Melalui bahan-bahan bacaan tersebut,
pelajar dapat mengtransformasikan idea lama dengan idea baru yang lebih bernas
dan menarik. Guru Panitia Bahasa Melayu telah mengadili karya cerpen pelajar.
Terdapat 3 pemenang utama dan 10 pemenang saguhati. Tahniah diucapkan kepada
mereka.
No comments:
Post a Comment