Wednesday, 26 September 2012

READING MARATHON


   Panitia Bahasa Antarabangsa dan Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan satu program membaca iaitu ‘Reading Marathon’. Pelajar yang terlibat dengan program ini ialah semua pelajar yang mengambil bahasa Antarabangsa iaitu Mandarin, Arab, Jepun dan Perancis. Pelajar bebas membawa segala jenis bahan bacaan seperti buku cerita, majalah dan sumber internet mengikut bahasa Antarabangsa masing-masing. Setiap pelajar dikehendaki membaca bahan bacaan masing-masing dalam tempoh kurang dari lima minit. ‘Reading Marathon’ ini berterusan tanpa henti sehingga semua pelajar selesai membaca bahan bacaan masing-masing mengikut giliran. Program ini merupakan satu medium yang bagus kerana program ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk berinovasi dengan maklumat yang mereka peroleh melalui bahan bacaan sendiri dan pelajar-pelajar lain. Program ini juga telah berjaya mengtransformasikan fikiran pelajar agar berfikir luar daripada pembelajaran melalui buku teks sahaja. Dengan ini, pelajar akan lebih berkeyakinan untuk menggunakan bahasa asing dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...