Pada 31 Oktober 2012, Satu Jamuan akhir tahun telah diadakan di D'NELAYAN BEACH RESORT, Pengkalan Balak. Seramai 42 orang pengawas pusat sumber dan 3 orang guru pengiring menyertai jamuan ini. Kami bertolak pada jam 3 ptg dan tiba di destinasi pada jam 4.15 ptg. Kemudian, kami minum petang dan solat zuhur. Kami menukar pakaian riadah dan berkumpul di tepi pantai untuk aktiviti sukaneka pantai. Antara permainan yang diadakan ialah terompah gergasi,
explorace mencari harta karun, lari dalam guni,
bowling kelapa, pecah belon di kaki dan
musical chair. Kami berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan semua permainan yang diadakan. Permainan-permainan yang diadakan sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan diri setiap pelajar dan memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kami. Walaupun hujan turun sebelum kami sempat menamatkan semua permainan, kami tidak sedih atau kecewa walau sedikitpun. Sebaliknya kami mencari idea untuk meneruskan aktiviti kami. Kami berjaya menginovasikan tempat makan menjadi tempat permainan kami. Selepas itu, kami mandi dan bersiap sedia untuk solat maghrib berjemaah di Masjid Tuang. Pada jam 8 malam, kami menikmati hidangan barbeque yang disediakan oleh pekerja D'Nelayan Beach Resort seperti lamb chop, ikan bakar, kerang, tomyam, mee goreng, nasi goreng cina, ayam bakar, otak-otak dan banyak lagi. Menu-menu yang disediakan sangat lazat dan memenuhi citarasa para pelajar dan guru. Majlis dilengkapkan lagi dengan ucapan guru, ketua pengawas sesi 2011/2012 dan ketua pengawas sesi 2012/2013, penyampaian hadiah kepada ketua kumpulan dan cenderamata kepada PPS tingkatan 5 dan guru pengiring. Pada jam 9.45 kami bersiap untuk pulang ke sekolah. Kami berasa sangat seronok dan berpuas hati dengan jamuan akhir tahun pada tahun ini. Jamuan ini telah berjaya mengtransformasikan sikap kami kepada lebih berkeyakinan diri dan juga berjaya meningkatkan ukhuwah antara kami , Badan Pengawas Pusat Sumber Mozac.

( PPS Mozac tingkatan 4)